Pendaftaran Pembaharuan Akaun Perniagaan SSM

16 November 2023 | Aktiviti Terkini

Encik Mohamad Fauzi Bin Harun merupakan salah seorang usahawan sekitar Changkat Jering. Beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering sebelum ini untuk mendapatkan bimbingan bagi proses pendaftaran perniagaan. Pada kali ini beliau datang semula untuk mendapatkan bimbingan untuk membuat pembaharuan pendaftaran syarikat beliau. Petugas PEDi telah membimbing Encik Fauzi dengan menggunakan Ezbiz, menerangkan fungsi EzBiz akaun milik beliau seterusnya membuat semakan dan cetakan Sijil Syarikat yang telah didaftarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali